FOTO sekumpulan pelajar sekolah di India yang memakai kotak di kepala sewaktu peperiksaan menjadi tular. Susulan itu, pihak sekolah berkenaan tampil membuat permohonan maaf. Menurut kenyataan rasmi, sekolah pra-universiti itu melakukan tindakan berkenaan bagi mengelakkan pelajar melihat kertas jawapan rakan mereka. Ujar pihak itu lagi, mereka mempertahankan tindakan itu namun meminta maaf jika ada yang kurang senang. Malah dakwa sekolah itu, masih ada sekolah lain yang menjalankan amalan sama. "Ia tidak diwajibkan pun. Kalau tengok dalam gambar, ada pelajar yang tak pakai kotak. "Ada yang pakai dan buang semula 15 minit kemudian. Kami juga minta mereka cabut selepas satu jam," ujar wakil sekolah itu. Dalam pada itu, bahagian pendidikan tempatan menerusi satu kenyataan kepada media meminta sekolah tersebut memberi penjelasan. Namun amalan ini bukanlah sesuatu yang asing malah ia pernah dilakukan di China sebelum ini. - Daily Star.