suria

Pencuri jalani hukuman potong jari tangan di Iran

Seorang pesalah dibawa oleh pegawai penjara bagi menjalani hukuman potong jari kerana mencuri di bandar Shiraz, Iran pada 2013. Hukuman sama turut dijalankan minggu ini. Foto: AFP

GARA-gara didapati bersalah dengan lebih dua dozen kes, seorang lelaki Iran dihukum dengan memotong beberapa jari tangannya.

Hukuman kejam itu dilakukan minggu ini di sebuah penjara di Bandar Sari, Iran.

“Pembaharuan terhadap kod hukuman di Iran telah lama tertunda bagi mengakhiri amalan yang keterlaluan ini.

“Anggota parlimen Iran perlu melakukan pembaharuan segera bagi menghapuskan semua bentuk hukuman yang sah dan bergerak ke arah sistem keadilan jenayah serta memulih tahanan secara kemanusiaan,” jelas Timbalan Pengampunan Antarbangsa Timur Tengah dan Pengarah Afrika Selatan Saleh Higazi.

Pasukan penyiasatan mendapati lelaki itu bersalah dengan 28 kes mencuri dan hukuman dikenakan dengan memotong empat jari tangan kanannya.

Kali terakhir Iran menjatuhkan hukuman memotong jari pencuri pada Januari 2018 apabila seorang lelaki berusia 34 tahun didapati bersalah mencuri kambing. – Foxnews.com

Mencuri, potong jari, Iran

Artikel Lain