suria

Ibu dari 'neraka' biar dua anak dirogol rakan lelaki warga emas

Hall (kiri) dan Stang kini dipenjara sementara menunggu tarikh perbicaraan.

IBU kejam! Itulah yang paling sesuai digambarkan kepada seorang wanita berusia 27 tahun yang merelakan dua anak perempuannya dirogol oleh lelaki warga emas.

Lelaki tersebut merupakan kawan kepada Sarena Hall dari Ohio.

Hall dilapor membenarkan Marion Stang melakukan penderaan seksual kepada dua anak perempuannya yang berusia bawah 10 tahun.

Mereka berdua ditahan oleh ejen FBI pada Khamis selepas pusat perkhidmatan perlindungan kanak-kanak mendapat laporan mengenai perkara itu.

Hall mendakwa dirinya sebagai suri rumah di Facebooknya.

Pada 2016 Hall pernah memuat naik posting: ‘Ridiculous.. Its funny seeing with my own eyes.. ‘Really grow up put your big kid pants on and learn some respect.. ‘All i have to say is…HOW DARE YOU DISRESPECT ME.. you have done it for the last f****** time..’

Hall didakwa dengan dua pertuduhan membiarkan kanak-kanak dalam keadaan bahaya, lapor Akron Beacon-Journal.

Manakala Stang berdepan dengan pelbagai tuduhan merogol dan kesalahan seksual.

Kedua-dua mereka kini ditahan di Penjara Stark County menunggu tarikh perbicaraan awal yang belum dijadualkan. - metro.co.uk

Rogol, anak, ibu, kawan, lelaki

Artikel Lain