SEORANG remaja menikam teman wanitanya sehingga mati kerana enggan menggugurkan kandungannya. Aaron Trejo, 17, mengaku bersalah membunuh Breane Rouhselang dan bayi dalam kandungannya semasa perbicaraan kes di mahkamah St Joseph County pada Rabu lalu. Pemain bola sepak di sebuah sekolah tinggi di Indiana itu melakukan jenayah tersebut pada 8 Disember tahun lalu apabila dia dan kekasihnya bertengkar mengenai kehamilannya. Difahamkan Breane sedang mengandung enam bulan ketika itu. Aaron Trejo. Selepas menikam teman wanitanya sehingga mati dengan sebilah pisau, Aaron dilaporkan menyimpan mayat tersebut di dalam plastik berwarna hitam sebelum membuangnya ke dalam tong sampah sebuah restoran. Malah Aaron turut membuang telefon bimbit teman wanitanya itu ke dalam sungai untuk mengelak perbuatannya terbongkar. Kedua-duanya bersekolah di Mishawaka High School. Semasa disoal-siasat polis, Aaron memberitahu dia menikam bahagian hati teman wanitanya itu kerana beranggapan mangsa akan maut serta-merta. Aaron berdepan hukuman penjara 80 tahun sekiranya didapati bersalah melakukan jenayah itu. - Dailystar