MIRANDA Worby memiliki lebih 2,000 ekor patung kuda. Koleksi luar biasa itu menyebabkan suaminya sanggup berhabis wang membeli kediaman baharu. Ia bagi membolehkan mereka menyimpan kesemua koleksi itu dalam ruang yang lebih luas dan selesa. Wanita berusia 36 tahun itu mula meminati patung kuda sejak berusia empat tahun. "Saya tahu, wanita umur 36 tahun masih mengumpul patung kedengaran agak gila tapi saya tak kisah," ujarnya. Malah, suaminya, Ian Langston, 58, turut menyokong hobi wanita itu. Kediaman baharu pasangan itu terletak di Lowestoft, Suffolk. Kata Miranda lagi, bukan sahaja suami malah rakan dan keluarganya turut menyokong hobi itu. - Daily Star.