suria

Lelaki mati lemas, anjing setia menunggu tepi sungai

Kejadian berlaku di Chanthaburi, Thailand.

HUBUNGAN antara pemilik dan haiwan peliharaan kadang-kala boleh menjadi akrab seperti ahli keluarga sendiri.

Apatah lagi jika ia dibela dalam tempoh yang lama dan sudah terbiasa ada dalam kehidupan seharian kita.

Begitulah yang berlaku di Chanthaburi, Thailand apabila seekor anjing setia menanti di tepi sungai, lokasi pemiliknya mati lemas.

Somprasong Srithongkhum, 56, baru-baru ini tergelincir ke dalam sungai.

Sepupu mangsa yang tiba ke lokasi kejadian hanya menemui anjing itu sedang berada di tepi sungai.

"Saya berkeliaran mencari dia dan temui Mhee (anjing peliharaan Somprasong) di tepi sungai bersama seliparnya.

"Saya terfikir sepupu saya jatuh dalam sungai, dia pun tak sihat sangat," ujarnya.

Dia turut meluahkan rasa syukur kerana kesetiaan anjing itu menunggu di tepi sungai menjadi petunjuk sehingga mereka menemui mayat sepupunya. - India Times.

anjing, haiwan peliharaan, mati lemas

Artikel Lain