suria

Kaki berbirat dengan parut kekal gara-gara melecur ketika buat rawatan buang bulu

Myah mendapat parut kekal di kaki selepas ujian tampalan laser yang dilakukan ketika prosedur membuang bulu menyebabkan kakinya melecur pada tahap kedua. Foto: Dailymail

MYAH Jagjivan pasti tidak akan melupakan detik yang membuatkannya terpaksa menanggung rasa rendah diri seumur hidup.

Pelajar berusia 22 tahun itu pada mulanya pergi ke sebuah salon,  Taylor Taylor Nails & Beauty untuk melakukan rawatan laser bagi menyingkirkan bulu di badan.

Bagaimanapun tanpa disangka, ujian tampalan laser yang dilakukan menyebabkan kakinya melecur pada tahap kedua dan meninggalkan kesan parut kekal pada kakinya.

Myah mendakwa dia terlepas mengikuti pengajiannya selama sebulan ketika sedang berada di tahun akhir di Universiti Sheffield Hallam.

Menurutnya gadis itu juga, dia kini bukan lagi seperti dahulu dan terpaksa menguburkan minatnya yang gemar memakai pakaian berfesyen ekoran sikap rendah diri yang tebal.

 “Sebelum ini saya seorang yang berperwatakan ceria dan suka menggayakan pakaian yang singkat, namun kini saya tidak lagi berpeluang melakukannya,” katanya. - DailyMail 

parut, kaki, buang bulu

Artikel Lain