suria

Ketagih buat transformasi, gadis ‘buta’ tiga minggu gara-gara lukis tatu pada mata

Amber mengalami masalah penglihatan selepas melukis tatu pada mata. Foto Amber Luke/Instagram

SEORANG gadis yang ketagih tatu mengalami masalah penglihatan selama tiga minggu selepas menjalani satu rawatan yang membuatkan matanya bertukar biru.

Amber Luke dari Central Coast, New South Wales, Australia, membelanjakan £13,901 (RM74,694) untuk melakukan transformasi pada wajahnya.

Selain itu, gadis berusia 24 tahun itu turut melakukan lukisan 200 tatu, rawatan payudara, bibir dan pipi.

Bagaimanapun, melukis tatu pada matanya merupakan prosedur yang paling sakit dialaminya.

Amber yang menggelarkan dirinya 'Naga Putih Bermata Biru' berkata: "Saya tak dapat nak gambarkan kepada kamu bagaimana rasanya.

"Apa yang boleh saya katakan sebaik dakwat mengenai bola mata saya, ia dirasakan seperti (pelukis tatu) mengambil kepingan kaca dan menggosoknya pada mata saya.

"Ia berlaku sebanyak empat kali pada setiap mata, amat menyakitkan. 

"Malangnya, pelukis tatu saya melukisnya terlalu mendalam pada bola mata saya," katanya.

Menurut laporan Mail Online, Amber dipetik sebagai berkata, prosedur tersebut tidak menyebabkan buta sekiranya ia dilakukan dengan betul.

Masalah yang berlaku membuatkan dia terpaksa menghentikan rawatan meskipun merancang untuk mempunyai banyak tatu. - Mirror



mata, buta, tatu

Artikel Lain