SEORANG atlet tinju yang kembali semula ke gelanggang selepas cuti bersalin meninggal dunia pada Jumaat lalu. Nicola Rattray, 18, melakukan latihan sparing malam sebelum dia ditemui mati. Rakan-rakan meluahkan rasa terkejut dengan pemergian Nicola manakala jurulatihnya, Laurie Redfern mendedahkan dia kelihatan gembira berbanding sebelum ini. "Sukar untuk saya percaya bila diberitahu mengenai berita kematiannya. "Kami semua terkejut. Dia baru sahaja berusia 18 tahun. Dia gadis yang baik," katanya. Kelab disertai Nicola yang terletak di Inverness, Scotland turut ditutup pada hujung minggu lalu bagi menghormati mendiang. Nicola melakukan penampilan pertama di Ironworks pada September lalu dan memenangi pusingan pertama perlawanan itu. - Dailystar