suria

Gara-gara sahut cabaran, lelaki maut cuba makan 50 biji telur rebus

Seorang lelaki maut selepas cuba memakan 50 biji telur rebus. Gambar sekadar hiasan/Foto Enrico Mantegazza/Unsplash

SEORANG lelaki berusia 42 tahun di Uttar Pradesh, India meninggal dunia selepas cuba untuk memakan 50 biji telur rebus, gara-gara cabaran daripada seorang rakan.

Pada Isnin, Subahash Yadav dan seorang rakan menikmati makanan di pasar Bibiganj di Jaunpur.

Mereka kemduain mula bertengkar sehingga Yadav membuat cabaran dengan rakannya berupa ganjaran sebanyak 2,000 rupees (kira-kira AS$28) sekiranya dia dapat memakan 50 biji telur rebus.

Rakannya bersetuju dengan taruhan itu, dan mereka membeli 50 biji telur sebelum Yadav memakannya satu persatu. 

Semuanya berjalan lancar tetapi sebaik dia memasukkan telur rebus yang ke-42 ke dalam mulutnya, dia secara tiba-tiba tidak sedarkan diri.

Yadav dikejarkan ke hospital daerah sebelum disahkan meninggal dunia.

Punca kematian bagaimanapun tidak didedahkan, tetapi doktor menganggap ia disebabkan oleh makanan berlebihan. - odditycentral

telur rebus, cabaran, ganjaran

Artikel Lain