SYARIKAT teknologi gergasi, Microsoft Jepun membuat eksperimen Work-Life Choice Challenge Summer 2019 pada Ogos lalu. Eksperimen itu memberi peluang kepada pekerja untuk bertugas selama empat hari sahaja dalam seminggu. Malah, sekitar 2,300 petugas diberikan cuti hari Jumaat selama lima kali tanpa pemotongan gaji yang mana jumlah cuti mereka juga tidak dikurangkan. Eksperimen itu menyaksikan peningkatan prestasi sebanyak 40 peratus yang mana ia berpaksikan kepada kepuasan kerja kakitangan. "Kerja dalam masa singkat, rehat dengan tenang dan boleh belajar banyak perkara lagi. "Ianya penting untuk hidup dalam suasana yang membenarkan kamu rasai tujuan hidup sekaligus memberi impak lebih bagus kepada kerjaya. "Saya mahu pekerja untuk rasai pengalaman bagaimana mereka mencapai keputusan sama dengan tempoh kerja kurang 20 peratus," ujar presiden dan ketua pegawai eksekutifnya, Takuya Hirano. - Bored Panda.