TANDA pagar atau hashtag SexEducation menjadi topik trending di Twitter dengan lebih dari 15,000 tweet dibuat menggunakan hashtag tersebut sehingga minggu lepas. Berdasarkan pemerhatian Suara.com #SexEducation heboh diperkatakan apabila ramai warganet bercerita mengenai kisah seorang pesakit remaja yang disebarkan menerusi akaun Twitter @GioldwynMyr, Jumaat lalu, yang menekankan tentang pentingnya pendidikan seks. Cerita tersebut diperolehi dari grup Facebook Yayasan Peduli Korban Bencana NTR - YPKBN di Indonesia. Paparan skrin posting kisah remaja perempuan yang diperdaya teman lelakinya. Kisah pesakit remaja perempuan itu terbongkar ketika ditanya oleh doktor yang mana remaja itu mengaku pernah melakukan hubungan seksual demi membantu teman lelakinya yang sakit. Berikut kisah lengkap remaja berkenaan yang dikongsi di Twitter dan mendapat lebih 6,000 retweet: "Semalam dapat pesakit perempuan, remaja. Dia mengaku sudah pernah melakukan hubungan seksual kerana mahu membantu teman lelakinya yang sakit. Cuba teka apa sakitnya? "Teman lelakinya mempunyai lebihan sel darah putih sehingga ia harus dikeluarkan. Si teman wanita percaya saja, dia tak tahu yang dikeluarkan itu sperma, bukan sel darah putih," demikian perkongsian melalui posting tersebut. Kisah ini mendapat perhatian ramai warganet. Bagaimanapun tidak dijelaskan bila dan di mana lokasi kejadian tersebut. Nombor mesej WhatsApp yang menceritakan kisah ini juga telah dikaburkan. Kisah remaja perempuan ini menunjukkan betapa pentingnya pendidikan seksual kepada anak-anak, khususnya golongan remaja. -Suara.com