ORANG ramai yang berkunjung ke sebuah jabatan kerjaan di Uttar Pradesh keliru dan pelik melihat gelagat kakitangan sektor awam di situ. Tak kira lelaki mahupun wanita, masing-masing akan memakai topi keledar sambil melakukan tugasan harian mereka. Ditanya mengenai perkara itu, ada di antara mereka memberitahu, ia bagi melindungi diri masing-masing jika bangunan atau silingnya runtuh dan menghempap mereka. Agensi berita ANI yang mendapat tahu mengenainya telah tweet senario berkenaan dengan beberapa paparan gambar. "Ia situasi sama sejak saya mula bekerja di sini dua tahun lalu," kata salah seorang pekerja jabatan itu ketika ditemubual ANI. Walaupun pekerja jabatan itu telah mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa tempatan mengenai keadaan bangunan berkenaan, tetapi mereka mendakwa masih tiada langkah susulan diambil. Gambar yang tular dengan jelas menunjukkan keadaan uzur bangunan berkenaan dengan lubang di bumbung, kertas dan fail bertaburan di sekitar bilik kerana ia tidak dilengkapkan dengan almari atau laci. Hanya ada tiang di tengah bilik berkenaan sebagai penahan bagi mengelak kejadian tidak diingini. Sebaik tular, netizan memberi maklum balas pantas dan meminta pihak berkuasa tempatan untuk segera memperbaiki keadaan daif bangunan itu bagi menjamin keselamatan kakitangan awam. "Ke mana perginya dana awam disalurkan agaknya?' kata Dr Sridhar Rao menerusi tweetnya. "Tiada progres walaupun banyak teknologi tersedia. Ke mana arah tuju negara ini?" ujar pemilik akaun Padm.-indiaexpress.com