suria

Alat sulit hancur, remaja perempuan maut dirogol beramai-ramai oleh kawan sendiri

Mangsa meninggal dunia dua minggu selepas dirogol. FOTO: CEN.

SEORANG remaja perempuan meninggal dunia selepas dia dirogol sekumpulan rakannya sewaktu tidak sedarkan diri.

Jhoselin Monical Calani, 17, meninggal dunia di hospital, dua minggu selepas kejadian malang berkenaan.

Menerusi kejadian di Oruro, barat Bolivia, alat sulit mangsa dilaporkan hancur selepas diperlakukan kejam oleh kumpulan berkenaan.

Mangsa pada mulanya tidak sedarkan diri selepas menikmati dua gelas minuman keras.

Dia yang dimasukkan ke hospital menjalani pembedahan namun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Menurut pendakwaraya, suspek mengambil kesempatan atas hubungan persahabatan mereka sebelum mula memperlakukan mangsa secara seksual.

Suspek juga sudah ditahan dan sedang disiasat atas tuduhan berkenaan.

"Kami merana meraikan garduasi anak kami. Keadilan harus ditegakkan.

"Mereka mesti bayar atas apa yang mereka lakukan, mereka tidak patut dihukum sebagai pesalah bawah umur," ujar ibu mangsa. - Daily Star.

 

rogol, graduasi, meninggal dunia

Artikel Lain