SEORANG lelaki mengalami lumpuh anggota badan selepas menikmati ayam yang tidak masak di sebuah restoran. Richard Jackson, dari Brighton berkata, dia mengesyakki kejadian itu berlaku setelah menjamu selera di sebuah restoran di London pada Disember lalu. Selain hilang keupayaan menggerakkan lengan dan kaki, dia juga sukar untuk menelan makanan. "Pada saat itu, doktor pun tak tahu apa perlu dilakukan. "Tapi mereka perlu lakukan sesuatu secepatnya. Saya dipindahkan ke unit rawatan rapi dan diletakkan dalam keadaan koma selama sepuluh hari," ujarnya mengimbas semula kejadian itu. Setelah sedar, dia menjalani rawatan pemulihan selama tiga bulan di Hospital St Richard. "Fisio bermula cepat. Saya menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang pantas. "Ia mungkin tidak begitu jauh, tapi percubaan ini saya boleh anggap seperti keajaiban," ujarnya. - Daily Star.