APABILA membeli sesuatu barang, kita biasanya akan membuang kotak. Namun berbeza dengan wanita dari Jepun ini yang mana dia mengubah kotak menjadi karya seni yang cukup kreatif. Monomi Ohno membuat pelbagai kraf tangan menggunakan bahan terbuang itu. Antara karya kreatif gadis itu. Perkongsian hasil seninya diperlihatkan menerusi Instagram yang mana dia kini memiliki lebih 13,000 pengikut. Dia merupakan pelajar bidang seni di Sekolah Seni OSaka. Antara replika yang dihasilkannya menggunakan kotak termasuklah senapang, kereta kebal, baju, jam tangan, kereta lumba dan burger. - Bored Panda.