SEORANG lelaki dirakamkan berlari keluar dari sebuah restoran makanan segera dalam keadaan separuh bogel selepas dia didakwa terberak dalam seluar di premis itu. Kakitangan restoran itu menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan pelanggan tersebut berlari keluar selepas meninggalkan seluarnya di tandas. Pekerja terkejut dengan keadaan lelaki berkenaan yang tergesa-gesa masuk ke tandas. ARTIKEL BERKAITAN: “Penumpang kalau cirit jangan malu minta bantuan kru kabin” - Pramugari kongsi pengalaman jijik, sinki penuh air najis bersama seluar dalam Menerusi rakaman itu, pelanggan tersebut pulang ke rumah dalam keadaan separuh bogel. Seluar pelanggan yang dibiarkan di sebelah mangkuk tandas yang kotor. Foto snapchat/Daily Star Video tersebut dikongsi menerusi aplikasi Snapchat sebelum dimuat naik semula di laman Twitter. Pelanggan berkenaan bukan sahaja membiarkan mangkuk tandas kotor tanpa dipam, malah dia juga meninggalkan seluar panjang dan seluar dalamnya di sebelah mangkuk tandas. Kejadian berlaku di salah satu cawangan restoran makanan segera di Maidstone di Kent, England. Jurucakap restoran makanan segera itu berkata: "Kita menyedari insiden yang berlaku dan melakukan siasatan." - Daily Star