SEORANG ibu meluahkan mengenai kebimbangan anak lelakinya yang mungkin akan putus cinta dengan kekasih sekiranya tidak melamarnya. Anaknya mendakwa gadis itu adalah cinta hatinya. Bagaimanapun, lelaki berkenaan berdepan dengan masalah kerana tidak mempunyai wang. Sebaliknya, teman wanita anaknya meminta cincin pertunangan bernilai £5,000 (RM26,363) dan menganjurkan sebuah parti. Walaupun ibu bapa kekasih anaknya itu akan mengeluarkan belanja untuk mengadakan majlis perkahwinan tetapi dia perlu memperuntukkan kewangan bagi percutian bulan madu Carribbean mereka. "Dia tahu saya sedang berjimat-cermat, jadi ada duit dalam akaun simpanan. "Saya rasa dia ambil kesempatan terhadap saya. Adakah anda setuju?" soalnya. - Daily Star