VIDEO seorang wanita mendera seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan dua atau tiga tahun mengundang kecaman netizen. Dalam rakaman itu, wanita itu dilihat duduk dan menonyoh punggungnya pada bahagian atas badan kanak-kanak perempuan itu mengikut rentak lagu yang dimainkan. Lebih memeranjatkan itu, wanita tersebut tidak mengendahkan jeritan kanak-kanak itu yang meronta kesakitan. Difahamkan polis sedang memburu wanita tersebut selepas video itu tersebar di media sosial. Polis di Corpus Christi, Texas turut memuatnaik video itu pada Khamis dengan harapan orang ramai dapat mengenal pasti mangsa dera tersebut. Dalam ruangan komen video tersebut, polis turut memuatnaik sekeping gambar tato di buku lali wanita itu. Video itu dikongsi lebih 2,700 kali dan mendapat lebih 140,000 tontonan sejak dimuatnaik polis pada Khamis. Tinjauan Metro US mendapati video itu mungkin dimuatnaik wanita terbabit sebagai sebahagian daripada 'private live' di Facebook. - Metro.co.uk