suria

Suami isteri saman hospital selepas bayi pra matang maut minum susu tercemar

David Cepeda dan Zuleyka Rodriguez memfailkan saman terhadap hospital yang menyebabkan kematian anak mereka.

TIGA bayi pra matang meninggal dunia selepas diberikan susu ibu yang dicemari bakteria kerana diproses menggunakan peralatan kotor.

Sebuah hospital di Danville, Pennsylvani berkata peralatan yang digunakan untuk menyukat dan menyimpan susu ibu penderma telah tercemar dengan bakteria dikenali sebagai Pseudomonas.

Insiden itu turut menjejaskan lima bayi lain yang masih menerima rawatan di hospital itu.

Hospital terbabit bertukar kepada peralatan steril dan pakai buang selepas insiden itu.

Antara yang maut dikenal pasti sebagai Abel Cepeda.

Ibu bapa bayi malang itu, David Cepeda dan Zuleyka Rodrique bertindak memfailkan saman terhadap hospital tersebut kerana kecuaian mereka.

Peguam mewakili pasangan itu, Matt Casey berkata hospital itu tidak mengambil tindakan drastik sebaliknya membiarkan bayi yang terjejas jatuh sakit dan meninggal dunia.

Bakteria tersebut biasanya tidak berbahaya tetapi boleh menyebabkan penyakit atau kematian serius di kalangan bayi pra matang, orang tua atau pesakit kronik. - Metro.co.uk

Artikel Lain