suria

Organ gagal berfungsi hingga terpaksa guna mesin sokongan hayat, remaja hampir temui ajal gara-gara vape

Ewan Fisher hampir menemui apabila organ pentingnya gagal berfungsi gara-gara tabiat menghisap vape.

SEORANG remaja hampir menemui ajal apabila organnya gagal berfungsi, gara-gara tabiat menghisap vape.

Ewan Fisher, 17, dikejarkan ke hospital selepas muntah-muntah hijau dan sesak nafas.

Dia perlu dipasangkan dengan mesin sokongan hayat dan diletakkan di dalam rawatan intensif apabila organ pentingnya gagal berfungsi.

Dalam keadaan tersebut, paru-paru buatan diperlukan untuk mengepam oksigen melalui tubuhnya.

Remaja dari Nottingham itu dipercayai mengalami tindak balas imun yang berlebihan terhadap bahan kimia yang terdapat dalam vape tersebut, yang dihisap sejak empat bulan yang lalu.

Ewan telah didiagnosis dengan hipersensitiviti pneumonitis (HP), di mana kantung udara dan saluran udara dalam paru-paru menjadi radang.

Para medik percaya keadaan yang dialami Ewan dicetuskan oleh tindak balas terhadap bahan kimia yang terdapat dalam vape tersebut.

Mesin sokongan hayat menyelamatkannya tetapi dia berada di hospital selama sebulan dan tidak pulih sepenuhnya selama lebih dari satu tahun.

Remaja itu yang kini berusia 19 tahun dan sedang belajar di kolej  memberi amaran kepada orang lain untuk tidak beralih dari rokok kepada vape.

Dia menambah: “Kepada orang-orang yang sudah merokok, jumpalah doktor untuk mendapatkan bantuan, jangan bertukar kepada vape.

“Dan kepada semua remaja yang menghisap vape dan fikir ia sesuatu yang bagus, tapi sebenarnya ia tidak,” kata Ewan. - Dailymail.co.uk

vape, mesin sokongan hayat

Artikel Lain