suria

Bapa muda dipenjara 100 tahun akibat goncang anak hingga retak tengkorak, meninggal dunia

Kejadian berlaku pada Julai tahun lalu.

SEORANG remaja lelaki berusia 18 tahun dipenjara 100 tahun kerana menyebabkan kematian anak perempuannya.

Jayden Straight dari Iowa, Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah atas tuduhan bunuh kelas tiga sewaktu perbicaraan Jumaat lalu.

Bayi berusia lapan bulan itu meninggal dunia setelah mengalami retak tengkorak menerusi kejadian pada Julai tahun lalu.

Selain itu, bayi malang berkenaan turut mengalami beberapa kecederaan lain termasuklah patah tulang rusuk.

Sewaktu kejadian, Jayden berada di rumah bersama bayi itu manakala pasangannya, Ri Bambino keluar untuk bekerja. - Mirror.

Jayden Straight, goncang bayi, bunuh

Artikel Lain