suria

Hilang 68kg dalam setahun, gadis dulu gempal kini influencer kecergasan

Desiree kelihatan lebih anggun selepas kurus.

TRANSFORMASI wanita yang memiliki berat sekitar 135 kilogram (kg) sebelum dia memulakan diet dan hilang lebih 68kg dalam tempoh setahun mengejutkan netizen.

Desiree Alexis-Kae Mize kini gembira selepas berjaya mendapat bentuk badan idamannya.

"Saya merupakan pelajar berbadan gemuk di dalam kelas. Saya juga paling besar dalam keluarga saya.

"Ketika saya berusia lima tahun saya menyertai Boot Camp dan mula diet serta bersenam semasa di tadika," katanya.

Namun Desiree berkata dietnya itu tidak membawa apa-apa perubahan.

Ketika berusia lapan tahun, dia disahkan menghidap hipotiroidisme atau gangguan hormon tiroid.

"Itu jawapan mengapa saya sentiasa aktif tetapi selalu tidak sihat dan berbadan gempal," katanya.

Desiree akhirnya membuat temu janji dengan doktor dan menjalani pembedahan pintasan gastrik.

Setahun selepas pembedahan itu, Desiree berjaya menurunkan lebih 68kg dan kini fokus membina ototnya.

Desiree yang juga influncer kecergasan sering berkongsi rahsia dia kurus di Instagramnya @wokeuplikedez.

"Rahsia saya adalah jangan simpan ia sebagai rahsia sama sekali.

"Kongsi perjalanan kamu untuk menurunkan berat badan dan harapan kepada rakan-rakan atau pengikut di media sosial," katanya. - Dailystar

kurus, gempal, transformasi

Artikel Lain