SEORANG pengarang buku manual seks berhijab Indonesia, Citra Ayu Mustika muncul bersama bukunya, Uncencored, di dalam ruangan iklan sebuah kedai buku online bagi orang dewasa, Asmaraku.com, sekaligus mengejutkan netizen mengenai keberaniannya. Citra yang juga seorang influncer di Instagram muncul dalam iklan yang menunjukkan promosi beberapa barangan yang terdiri daripada buku tulisannya, kondom dan satu kit 'kegembiraan' (joy kit), sebagai bonus kepada mereka yang membuat pembelian menerusi laman web tersebut. Laman web tersebut menghuraikan buku tulisan Citra sebagai satu set 'panduan untuk isteri-isteri solehot', di mana ia adalah gabungan perkataan solehah dan hot (panas) atau seksi. Citra yang juga ibu kepada dua cahaya mata terkenal sebagai seorang yang lantang menyuarakan pendapatnya menerusi posting di Instagram miliknya, @olevelove. Antara topik yang pernah diulas ialah penyusuan susu ibu dan hubungan seks selepas bersalin. Perkongsian Citra di laman Instagram miliknya. Dia juga pernah berkongsi petua seks bersama lebih daripada 137,000 pengikutnya dan menggunakan hashtag #teronglyf, merujuk kepada terong (terung), yang juga gambar di bukunya. Para pengikutnya, terutamanya ibu muda keberanian Citra. "Ini bukan mengenai wanita hijabi atau kondom halal. Dia adalah @olevelove, seorang selebriti Instagram yang berkongsi banyak perkara mengenai penyusuan dan kehidupan seksual ibu bapa yang baru. Ini adalah langkah yang berani untuk ibu hijabi. FYI, [dalam iklan] itu adalah foto sendiri, buku dan taglinenya," tulis seorang pelayar di Twitter @juliajasminee. Pendidikan seks secara umumnya di Indonesia masih menjadi satu subjek yang tidak menyenangkan bagi kebanyakan ibu bapa di negara tersebut. Menerusi semakan terbaharu, iklan memaparkan gambar Citra itu sudah dikeluarkan dari ruangan tersebut. - The Jakarta Post