suria

Pergi hospital sebab sakit perut dan belakang badan, budak 10 tahun disahkan hamil 8 bulan... dakwa dirogol abang

Mangsa dilaporkan tidak tahu menahu tentang apa yang sedang berlaku ke atas dirinya. -Gambar hiasan

SEORANG budak perempuan terkejut apabila mengetahui dia hamil lapan bulan, mendakwa dirinya diperkosa oleh abangnya.

Kanak-kanak itu mendapat tahu dia sedang mengandung selepas pergi ke hospital kerana sakit di bahagian perut dan belakang, dalam kejadian di bandar Posadas, utara Argentina.

Apabila doktor membuat pemeriksaan, budak perempuan yang tidak dinamakan itu berkata dia telah dirogol oleh abangnya yang berusia 15 tahun.

Mereka melaporkan serangan yang didakwa kepada unit khas polis dan ia sedang disiasat.

Menurut media tempatan, mangsa sebenarnya tidak faham apa yang sedang berlaku dan memberitahu bahawa dia hanya sekali sahaja diperkosa oleh abangnya.

Jabatan Pembangunan Sosial melaporkan bahawa abang mangsa, yang namanya tidak didedahkan telah diasingkan daripada keluarga.

Bayi yang bakal lahir pada akhir tahun itu dan akan dijaga oleh neneknya, manakala ibunya akan menghabiskan pembelajarannya.

Media tempatan melaporkan bahawa ibu kanak-kanak itu tidak tahu apa-apa mengenai penderaan seksual dalam keluarganya dan terkejut apabila mengetahui anaknya hamil.

Lelaki yang disyaki merogol adik perempuannya itu masih bawah umur dan tidak boleh didakwa.

Dia kini berada di bawah jagaan ibu saudaranya selepas pada mula dihantar ke sebuah pusat untuk kanak-kanak yang terlibat dalam konflik undang-undang.

Budak perempuan itu, ibunya dan adik-beradik yang lain hidup dalam keadaan baik, menurut pekerja sosial yang melawat mereka. -MetroUK

hamil, rogol, abang

Artikel Lain