SEORANG budak dikenali sebagai Luka dianggap sebagai hero oleh penduduk kampungnya di Serbia. Selain mampu melekatkan pelbagai peralatan besi di badannya, dia yang berusia 15 tahun juga didakwa memiliki kuasa untuk menyembuhkan penyakit. Menurut laporan media tempatan, sejumlah penduduk beratur di kediaman budak itu untuk mendapatkan rawatan. Malah, foto-foto yang memaparkan barangan besi meletak di badan Luka turut menjadi tular. Menurut laporan itu, Luka tidak pernah mengalami sebarang penyakit. Luka juga mendakwa tangannya sentiasa berada dalam keadaan panas. Doktor di kawasan sekitar juga gagal untuk menerangkan fenomena pelik yang melanda kanak-kanak itu. - Daily Star.