suria

Sukar bernafas, rupanya gigi ‘tumbuh’ dalam hidung selama 20 tahun

Seorang lelaki di China terkejut selepas mendapat tahu bahawa terdapat sebatang gigi yang ‘tumbuh’ dalam rongga hidungnya. Foto: Pear video

SEORANG lelaki di China terkejut selepas mendapat tahu bahawa terdapat sebatang gigi yang ‘tumbuh’ dalam rongga hidungnya, yang selama ini menjadi punca mengapa dia sukar bernafas.

'Zhang Binsheng, 30, memutuskan untuk mendapatkan rawatan di hospital selepas sukar bernafas selama tiga bulan.

Zhang memberitahu doktor bahawa dia juga sukar untuk tidur pada waktu malam dan juga mempunyai bau yang berterusan dari hidungnya.

Pegawai perubatan menasihatinya untuk menjalani  X-ray, di mana mereka mereka kemudian mengesan bayangan satu objek 'berkepadatan tinggi'  di bahagian belakang rongga hidungnya.

Zhang kemudian terkejut apabila ahli perubatan menjelaskan bahawa mereka percaya objek tersebut merupakan giginya yang pernah tercabut.

Gigi berkenaan tercabut ketika  Zhang terjatuh dari tingkat tiga di sebuah pusat membeli belah ketika dia berusia 10 tahun, dan entah bagaimana memasuki rongga hidung dan tumbuh di dalamnya.

Doktor Guo Longmei dari Hospital Perubatan Harbin berkata, kerana gigi itu merupakan milik Zhang, maka hidungnya tidak menolaknya sebagai 'objek asing'.

Gigi berukuran 1cm itu dikeluarkan dari hidung Zhang semasa pembedahan yang berlangsung selama 30 minit pada minggu lepas.

Dia kini dikatakan pulih dengan baik. – Metro.co.uk

gigi, hidung, tumbuh

Artikel Lain