suria

Pemuda dirakam selamba curi ais krim semasa program berita siaran langsung

Klip rakaman yang ditonton jutaan kali menunjukkan seorang pemuda selamba memakan ais krim kepunyaan orang lain. Foto @Canes/Twitter

RAKAMAN siaran langsung televisyen boleh mencetuskan bahaya, sehingga boleh menyebabkan orang kebiasaan menjadi terkenal dalam masa beberapa saat.

Menerusi saluran Fox Sports pada Rabu, ia melaporkan kemenangan pasukan Carolina Hurricanes ke atas Ottawa Senators dengan 8-2 dalam satu perlawanan hoki ais.

Permulaannya berlangsung lancar semasa wartawan menyampaikan laporannya di hadapan kamera, sehingga kelihatan beberapa penyokong di belakangnya memberi lambaian.

Ketika itu, seorang lelaki sedang melihat telefon rakannya, sebelum seorang penyokong di belakangnya secara senyap-senyap mengambil ais krim yang dipegang lelaki itu dan memakannya.

Pencuri yang dikenali sebagai Weston Davis cuba untuk meletakkan kembali manisan itu tetapi ia kemudian disedari oleh pemiliknya sehingga dia terpaksa beredar dari kumpulan penyokong tersebut.

Pemilik ais krim berpaling ke belakang tetapi pencuri sempat menghilangkan diri. Foto @Canes/Twitter

Klip rakaman itu ditonton jutaan kali secara dalam talian dan ramai yang terkejut dengan tindakan lelaki itu secara senyap-senyap.

Bagaimanapun, segelintir pihak menyifatkan aksi tersebut sengaja dibuat-buat dan hanya sekadar lakonan.

Weston kemudian tampil mendedahkan bahawa walaupun mangsa tersebut adalah rakan lamanya, Joe Campen, tetapi tindakannya mengambil ais krim bukan lakonan semata-mata.

Menegaskan guruan tersebut bukan rekaan, Weston berkata: "Saya dan Joe berkawan baik.

"Dia berdiri di belakang kamera dan saya hanya fikir hendak bergurau dengan dia dengan harapan kamera dapat merakamkannya," katanya. - Mirror

Fox Sports, ais krim, prank

Artikel Lain