SEORANG petugas paramedik wanita kesal apabila dia dicabul sewaktu sedang bertugas dalam sebuah ambulans di London. Lizzie Smith, 25, mendakwa, dia dicabul seorang pesakit lelaki sewaktu membongkokkan badan untuk membuang sampah. Akibat kejadian itu, Lizzie membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan dan hukuman ke atas pesakit berkenaan. "Saya tunduk untuk buang sampah dia dia pegang punggung saya. "Saya cukup terkejut," ujarnya. Malah kata Lizzie, dia sedih dengan kejadian itu. Dedahnya lagi, rakan setugas yang lain juga ada mengalami pengalaman serupa. - Daily Star.