LAMAN sosial popular, Instagram melancarkan fungsi baharu dikenali sebagai Reel, membolehkan pengguna mereka membuat muzik video dalam aplikasi berkenaan. Disifatkan hampir sama dengan fungsi dalam aplikasi TikTok, kemaskini itu bagaimanapun hanya dilancarkan di Brazil sahaja setakat ini. Bagi pengguna Instagram di negara itu, kemaskini berkenaan sudah tersedia untuk platform Android dan iOS. Ia dikatakan sebagai langkah baharu Instagram, syarikat yang dimiliki oleh Facebook untuk menyaingi aplikasi TikTok. Setakat ini, TikTok mempunyai lebih 500 juta pengguna di seluruh dunia. "Dua produk itu tidak sama. Saya rasa berkongsi video dengan muzik adalah perkara universal dan ramai orang suka," ujar Pengarah Pengurusan Produk Instagram, Robby Stein. - The Indipendent.