SEORANG lelaki di Hawaii yang mahu melamar teman wanitanya berhadapan detik malang apabila cincin yang dibawa hilang dalam laut. Chris Garth pada waktu itu tampil dengan idea unik apabila dia melamar buah hatinya, Lauren Oiye sambil melakukan aktiviti luncur ombak. Lebih malang, cincin itu terjatuh sewaktu wanita berkenaan menyatakan persetujuannya selepas dilamar. Kejadian itu dilaporkan berlaku di pantai Queen di Waikiki pada minggu lalu. Namun, mujurlah Chris ada menyediakan cincin tambahan di pantai. Kata Chris, dia sudah bersedia lebih awal dengan dua cincin, bimbang sekiranya rancangan asal tidak berjalan seperti yang dimahukan. Pasangan itu mula berkenalan sekitar dua tahun lalu. Malah, beberapa jurufoto turut berada di tepi pantai untuk merakam detik manis Chris dan Lauren. - The Indian Express.