suria

Gelongsor dicemari najis manusia, bapa berang aktiviti riadah anak terbantut

Foto yang dirakam di sebuah taman permainan di Papworth Everard, Cambridgeshire.

SEORANG lelaki meluahkan rasa berang apabila menemui najis manusia dalam gelongsor di sebuah taman permainan.

Menurut lelaki berusia 35 tahun itu, kejadian itu berlaku di Papworth Everard, Cambridgeshire, berhampiran sebuah sekolah rendah.

Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, dia turut menemui najis anjing di lokasi sama sebelum ini.

"Minggu lepas ada najis anjing. Kali ini ada najis manusia pula.

"Ianya taman kecil yang selalu dipenuhi kanak-kanak. Ia juga berdekatan dengan sekolah," ujar lelaki yang enggan mendedahkan identitinya itu.

Dia turut mengesyakki beberapa remaja yang melakukan perbuatan itu.

Berang dengan kejadian berkenaan, dia menghubungi pihak berkuasa untuk membersihkan kotoran tersebut.

Menerusi posting di Facebook miliknya, dia mendedahkan ramai kanak-kanak sedih dengan kejadian berkenaan.

Selain lelaki itu, penduduk sekitar turut menyuarakan rasa kurang senang mereka atas insiden berkenaan.

Malah, aktiviti riadah anak mereka juga terpaksa dibatalkan.  - Daily Star.

Artikel Lain