BANYAK perkara yang perlu dipertimbangkan apabila menghadiri sesebuah majlis perkahwinan. Antara yang paling diutamakan tentunya pakaian yang kita gayakan. Terbaharu, seorang wanita diselar kerana pakaian yang dipakai kelihatan seperti baju pengantin. Ia sekali gus mengalih perhatian tetamu terhadap pengantin. Gadis itu turut mengaku dia keliru apabila menjadi perhatian para tetamu. "Semua orang pandang saya," katanya. Kisah itu kemudiannya dikongsi di Reddit dan menerima pelbagai reaksi orang ramai. "Memanglah orang pandang. Kamu pakai pakaian seperti pengantin. "Jika saya lihat tetamu seperti ini di majlis saya, lebih baik sekat sebelum saya serang dia dengan gelas wain," tulis beberapa individu. - Mirror.