SEBUAH lori membawa 25 migran dalam sebuah kontena sejuk beku ditemui di atas sebuah feri yang berlepas dari Belanda menuju ke England.
Krew feri terbabit berkata seorang kanak-kanak antara 25 migran ditemui di dalam kontena itu.
Petugas kecemasan bergegas ke feri Britannia Seaways yang berlepas dari Vlaardingen petang Selasa.
NOS melaporkan sekurang-kurangnya 20 ambulans dihantar ke pelabuhan Vulcaanhaven, lokasi kotena itu dikembalikan.
Kesemua migran dipercayai masih hidup.
Dua daripada mereka dihantar ke hospital untuk pemantauan rapi.
Sementara itu, kira-kira 23 lagi migrain sudah dibawa polis untuk tindakan susulan. - Mirror.co.uk