suria

Gempar cacing tujuh sentimeter ditemui dalam mata, 12 tahun selepas digigit anjing

Seekor cacing sepanjang tujuh sentimer ditemui dalam mata seorang lelaki. Foto CATER NEWS

DOKTOR mengeluarkan cacing sepanjang tujuh sentimeter dari mata seorang lelaki selepas pesakit mengadu sakit dan gatal sejak beberapa tahun.

Jasubhai Patel, 70, dari Gujarat, India terdesak mendapatkan bantuan daripada beberapa doktor tetapi tidak dapat didiagnosis sebarang penyakit.

Bagaimanapun, sebulan lalu, seorang pegawai perubatan mengesan parasit yang berkeliaran di belakang matanya, dan kemudian mengeluarkannya.

Pakar mata di Hospital dan Pusat Penyelidikan Narayan di Bharuch, menjalankan pemeriksaan mikroskopik terhadap pesakit dan menemui parasit berada di sebalikpermukaan konjungtiva - bahagian kulit putih pada mata.

Dr Milan berkata: "Kuta mengeluarkan cacing itu hidup-hidup. 

"Kita hanya memberikan anestesia topikal, dan pesakit boleh merasai cacing itu dikeluarkan."

Rakaman video menunjukkan parasit itu dikeluarkan dari mata pesakit. Foto CATER NEWS

Doktor memberi amaran bahawa cacing itu boleh menyebabkan kerosakan yang kekal pada penglihatan lelaki itu sekiranya ia tidak segera dikeluarkan.

"Jika cacing tersebut tidak dikeluarkan segera, ia boleh mengakibatkan mata lelaki itu buta.

"Dalam pada itu, terdapat kemungkinan cacing itu dapat masuk ke otaknya melalui salurah darah.

"Sehubungan itu, pembedahan perlu dilakukan bagi mengeluarkan cacing," katanya sambil menambah prosedur mengeluarkan cacing selama 25 minit.

Patel yang masih bujang menetap tinggal di rumah kebajikan dan bekerja di daput sebagai pemotong sayur.

Doktor mengesyaki cacing memasuki mata Patel selepas digigit seekor anjing 12 tahun lalu. - Mirror 

cacing, mata

Artikel Lain