SEORANG budak lelaki berusia enam tahun dilihat memandu sebuah kereta sport sambil dibantu seorang lelaki di tempat duduk penumpang.
Menerusi rakaman video itu, kanak-kanak tersebut tidak memakai tali pinggang keledar ketika memecut laju kereta jenis Golf Type R itu.
Dalam video itu, seorang lelaki menyuruh kanak-kanak itu untuk menunjukkan kebolehannya dalam mengendalikan kereta tersebut.
Pada masa sama, lelaki itu turut bertanyakan umur kanak-kanak tersebut.
"6 tahun," jawab kanak-kanak itu ringkas.
Video kanak-kanak itu yang dilihat memandu uji kereta tersebut sebanyak empat kali menjadi tular di Instagram.
Malah, sekeping gambar paparan skrin menunjukkan kanak-kanak sama memandu kereta jenis Land Rover ketika berusia empat tahun turut tersebar. - Metro.co.uk