SEORANG lelaki yang mengadu sering mengalami hidung berdarah terkejut apabila menemui seekor lintah sepanjang tiga inci berada di dalam hidungnya selama setengah bulan. Lelaki berusia 24 tahun itu berkata, dia mengalami pendarahan hidung selama dua minggu sebelum memutuskan untuk mendapatkan bantuan di Hospital Sanhe di Huizhou, Guangdong di China. Pakar telinga, hidung dan tekak, Dr Wang Yangfeng mengesyaki terdapat lintah yang hidup dalam rongga hidung pesakit semasa membuat pemeriksaan awal. ARTIKEL BERKAITAN: Gempar cacing tujuh sentimeter ditemui dalam mata, 12 tahun selepas digigit anjing Spekulasi itu kemudian terjawab apabila dia melakukan pemeriksaan lebih terperinci dalam rongga hidung pesakitnya, dan menemui parasit itu. Seekor lintah hidup di dalam hidung pesakit selama dua minggu. Foto AsiaWire Rakaman video menunjukkan Dr Wang menyembut anestetik ke dalam rongga hidung pesakit sebelum mengeluarkan lintah sepanjang 3.15 inci. Menurut pihak hospital, pesakit kemudian mendedahkan air sungai semasa mendaki bersama rakan-rakannya di Yunnan dua minggu lalu, memasuki hidungnya. Dr Wang mengesyaki pesakit itu tidak sengaja menyedut larva lintah ke dalam hidungnya, sebelum membesar di dalamnya sehingga mengakibatkan pendarahan akibat disedut parasit itu. - Mirror