SEORANG gadis yang menjadi mangsa penderaan seksual terpaksa bersembunyi di belakang anjing peliharaannya untuk menyelamatkan diri, kata polis. Gadis itu menggunakan haiwan tersebut sebagai penghalang antara dirinya dengan pelaku yang dikenali sebagai Juan Manrique. Manrique, 37, dikatakan telah menyerang gadis tersebut yang ketika itu berusia 13 atau 14 tahun, sewaktu gadis itu sedang tidur di rumahnya di Wichita Falls, Texas. Manrique sedang dibicarakan minggu ini, dengan mahkamah diberitahu bahawa perlakuanntya terbongkar apabila mangsa yang mengalami 'anxiety' dibawa bertemu seorang jururawat. Dalam pertemuan tersebut yang berlaku pada Ogos 2016, gadis itu memberitahu jururawat dan ibunya tentang apa yang telah berlaku, yang kemudiannya menyaksikan Manrique ditangkap. Manrique didakwa mencabul gadis itu dan kakaknya, dengan salah seorang daripada dua gadis itu dicabul pada 2010. Hubungan antara mereka yang tidak didedahkan untuk melindungi identiti gadis-gadis tersebut. Bercakap di mahkamah pada Rabu lalu, kakak kepada gadis itu berkata, serangan itu menyebabkannya hampir membunuh diri. Dia menjelaskan: 'Saya akan selalu berfikir tentang mengambil pil atau mencederakan diri saya sendiri. Saya tidak mahu hidup lagi'. Seorang gadis lagi dilaporkan menjadi sasaran Manrique dari Februari 2016 hingga Ogos 2016, dan dikatakan telah diserang sebanyak 52 kali. - Metro.co.uk