BEKAS tentera yang diberi jolokan 'Popeye' selepas menyuntik tangannya dengan sejenis bahan umpama jeli untuk memastikan otot biseps menonjol. Bagaimanapun, tindakannya itu mengakibatkan lelaki itu terpaksa menjalani pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya. Kirill Tereshin diberi amaran kerana perbuatannya itu boleh menempah maut atau menyebabkan kedua-dua tangannya dipotong kerana cuba menghasilkan biseps tiruan. Pakar bedah First Moscow State Medical University di ibu negara Rusia berkata, mereka mengeluarkan 1.4 kilogram otot mati dan tiga liter jeli petrol yang telah membentuk benjolan kental. Pembedahan diketuai Dmitry Melnikov berkata, setakat ini, pasukannya baru sahaja melakukan satu pertiga prosedur untuk menangani masalah lelaki berkenaan. Otot mati seberat 1.4kg dikeluarkan daripada biseps Kirill. Pihak hospital perlu melakukan sekurang-kurangnya tiga lagi pembedahan untuk memastikan semua minyak seperti jeli itu dikeluarkan dari lengan Kirill. Lelaki yang aktif dalam sukan bina badan itu mula dikenali ramai kerana otot palsunya, sebelum dinasihatkan supaya menjalani rawatan oleh Alana Mamaeva, 32 yang sering mengendalikan kempen untuk mangsa pembedahan plastik yang tidak senonoh. Malahan, Mamaeva menghasilkan video menunjukkan keadaan Kirill selepas menjalani pembedahan pertama apabila lelaki itu bertanya pakar bedah: "Berapa banyak otot yang telah dikeluarkan?" "Masalahnya kamu suntik jeli petroleum dan ia telah merebak ke otot kamu dan menyebabkan ia mati," demikian kata pakar bedah terbabit sambil menambah mereka telah membaiki 25 peratus daripada kerosakan pada otot lelaki itu. Kirill alami demam panas dan kesakitan sebelum mendapatkan rawatan. Kirill juga dimaklumkan, tangannya dapat digerakkan tetapi ototnya akan semakin berkurangan. Mamaeva yang bertindak melancarkan dana untuk pembedahan itu memberi jaminan akan membantu lelaki berkenaan. Dr Meinikov berkata, jeli petrol itu memenuhi otot,tisu bawah kulit dan kulit lengan pesakitnya. "Banyak yang perlu dikeluarkan tetapi perlu memastikan urat, saraf dan fungsi anggotanya kekal. "Jeli petrol dihasilkan bukan untuk disuntik tetapi untuk kegunaan luaran sahaja. Kirill telah menyuntik tiga liter bahan itu untuk setiap lengannya. "Perbuatannya memenuhi tisu otot, saluran darah tersumbat sekali gus mengakibatkan tisu mati hingga mengeras," katanya. Perbuatan lelaki menyebabkan bahan implan bertindak sehingga Kirill mengalami demam panas, kesakitan yang amat sangat dan lemah. Tambah Dr Melnikov, jeli petro boleh memberi kesan kepada seluruh badan khususnya buah pinggang.-metro.co.uk