suria

Tular video YouTuber didakwa tendang, pukul datuk sendiri

Rakaman video yang tular menunjukkan seorang personaliti YouTube didakwa menendang dan memukul datuk sendiri. Foto YouTube

SEORANG personaliti YouTube didakwa mendera selepas tular videonya memukul datuk sendiri.

Yusminardi yang menggunakan panggilan Iyus Sinting untuk laman video itu dikecam kerana video tular yang memaparkan dirinya menendang dan menjerit datuknya.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, Iyus berusia 22 tahun dilihat menendang dan memukul datuknya, Wasidi.

Datuknya yang dalam keadaan terbaring di atas lantai merayu meraih belas kasihan.

Insiden didakwa berlaku di kediaman mereka di kampung Kedungboto di Jawa Timur, Indonesia pada Ahad lalu.

Rakaman tersebut dibuat oleh cucu Wasidi yang lain.

Polis kemudian menyoal siasat Iyus dan Wasidi susulan tular video berkenaan.

Menurut mereka, insiden tercetus selepas Wasidi memindahkan ikan mereka dari kolam yang rosak ke tab mandi.

Wasidi berkata, dia memberi ikan makan di tab mandi, yang mana makanan itu termasuk dalam mulut Iyus ketika mandi.

Wasidi bagaimanapun membela cucunya dan memberitahu dirinya tidak cedera dalam insiden tersebut. - Daily Star



YouTube, YouTuber, dera, datuk

Artikel Lain