MENJELANG hari bahagia, segelintir bakal pengantin biasanya akan melakukan penggambaran foto pra-perkahwinan atau pre-wedding. Bagaikan kebiasaan, foto pra-perkahwinan dihasilkan dalam konsep cukup elegan dan kemas, sebagaimana apa yang digayakan pada hari sebenar majlis mereka. Namun, lain pula ceritanya melibatkan pasangan ini apabila mereka merakam foto berkenaan di dalam lumpur. Perkongsian foto pra-perkahwinan pasangan ini menjadi tular setelah ia dikongsi di Twitter. Sehingga kini, foto berkenaan menerima lebih 2,200 tanda suka di laman sosial itu. Malah, ia turut menerima pujian orang ramai yang cukup tertarik dengan konsep itu. Identiti pengantin dan lokasi sebenar bagaimanapun tidak dapat dipastikan. - India Times.