SEBUAH pesawat yang dipenuhi penumpang terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas salah seorang juruterbang mengalami serangan jantung. Juruterbang kedua itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik pesawat Aeroflot Airbus 320 itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Platov, Rusia. Menurut laporan, usaha pihak perubatan menyelamatkan juruterbang berusia 49 tahun itu gagal dan dia disahkan meninggal sewaktu berada dalam ambulans. Pesawat berkenenaan dalam perjalanan dari Moscow menuju ke Anapa. Ia kemudiannya meneruskan perjalanan dengan juruterbang ganti. "Malangnya kami tidak dapat menyelamatkan juruterbang itu," ujar jurucakap syarikat penerbangan berkenaan. - Daily Star.