AKAUN Twitter sebuah kerajaan membuat permohonan maaf kerana membuat perkongsian bahan lucah yang melampau. Paparan skrin grafik yang keterlaluan itu diulang kicau oleh akaun laman sosial Kerajaan United Kingdom (UK) di Wales, pada Isnin. Memetik laporan Wales Online, seorang jurucakap kepada pejabat Wales dipetik sebagai berkata, insiden berpunca daripada serangan siber. "Kita yakin isu ni telah pun diatasi," tambahnya. Akaun tersebut mempunyai lebih 14,000 pengikut dengan penerangan sebagai 'The face of the UK government in Wales and the voice of Wales in Whitehall'. Antara pengguna Twitter yang mengesan insiden itu adalah Stace Williams yang menulis: "Situasi janggal apabila akaun Twitter Kerajaan UK di Wales berkongsi bahan pornografi pada timeline anda." - Mirror