SEORANG lelaki maut dalam insiden tragik membabitkan permainan roller coaster di sebuah pasar Krismas di Berlin, Jerman. Insiden tersebut dilaporkan disaksikan oleh empat beranak yang menaiki roller coaster itu, dalam kejadian pada Sabtu malam. Jurucakap jabatan bomba, Jens-Peter Wiler berkata, lelaki itu dipercayai merupakan pekerja di pasar berkenaan. Menurutnya, mangsa ketika itu sedang bekerja sebelum dirempuh oleh roller coaster itu. Penyiar Jerman, Deutsche Welle melaporkan bahawa lelaki tersebut meninggal dunia di lokasi kejadian selepas beberapa cubaan untuk menyelamatkannya. Pihak pasar tersebut segera menutup operasi tarikan pengunjung itu yang hanya dibuka pada Jumaat. Polis sedang menyiasat punca kejadian, bagaimanapun kematian mangsa tidak dianggap sebagai mencurigakan. - Daily Star