SEORANG gadis yang menjadi buruan polis akhirnya tertangkap menerusi bantuan sebuah agensi model yang menawarkan sesi penggambaran kepadanya. Tanpa disedari Sofia yang juga pelajar jurusan Biologi di sebuah universiti di Rusia itu, agensi model tersebut sebenarnya bekerjasama dengan polis untuk menahannya. Sofia didapati bersalah terlibat dalam kes memiliki dadah dan dihukum melakukan kerja sosial selama 400 jam. Namun polis Rusia mendedahkan Rusia mengelak melakukan hukuman itu dan melarikan diri. Pelajar berusia 20 tahun itu kini berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas ditahan polis baru-baru ini. Polis melakukan pemantauan di media sosial Sofia dan mendapati dia bercita-cita mahu menjadi seorang model. Susulan itu polis meminta kerjasama sebuah agensi model di Yekaterinburg untuk menawarkan sesi penggambaran sebagai umpan untuk menangkap Sofia. Media tempatan melaporkan Sofia hadir ke sesi penggambaran itu dengan memakai skirt mini dan bersolek. Namun dia hanya sempat bergambar mugshot sebelum ditahan polis. - Mirror.co.uk