SEORANG guru mata pelajaran Sains yang pernah memenangi anugerah ‘Teacher of The Year’ didakwa melakukan seks oral dua kali terhadap seorang anak muridnya di dalam kelas. Randi Chaverria, 36, dilaporkan menyalahgunakan jawatannya untuk melakukan perbuatan tersebut dengan seorang pelajar remaja di dalam kelas di Round Rock High School, Texas, bulan lepas. Pengetua sekolah mengetahui mengenai kes tersebut pada 18 November lalu, dengan Chaverria kemudian ‘memilih untuk mengambil cuti’, sebelum siasatan dijalankan. Polis tidak menjelaskan mengenai usia sebenar mangsa, namun wanita tersebut didakwa dengan pertuduhan melakukan hubungan tidak wajar bersama pelajar, berbanding kesalahan penderaan seksual kanak-kanak. Pada tahun 2018, Chaverria dipilih untuk dianugerahkan gelaran ‘Teacher of The Year’. Chaverria kini bebas dari penjara dengan bon, dan dilaporkan telah disingkirkan daripada tugasnya. Sekolah berkenaan juga menghantar surat kepada ibu bapa mengatakan bahawa pihak mereka telah melaporkan Chaverria ke Dewan Negeri untuk Pensijilan Pendidik, yang bermaksud wanita tersebut boleh kehilangan lesen untuk mengajar. - Metro.co.uk