suria

Buat rawatan untuk kembali menjadi wanita selepas hampir 20 tahun bergelar 'lelaki'

Debbie menukar jantina menjadi lelaki pada usia 44 tahun selepas bergelut dengan identiti seksual, dan kemudian mengambil keputusan untuk menjadi wanita semula pada usia 61 tahun. Foto: SWNS

SEORANG wanita berusia 61 tahun yang pernah 'beralih' menjadi lelaki hampir dua dekad lalu mendakwa dia berasa seolah-olah cacat, kembali memulakan rawatan untuk menjadi wanita semula.

Setelah bergelut dengan identiti seksualnya selama bertahun-tahun, pada usia 44 tahun, Debbie Karemer menukar jantina dan namanya kepada Lee Harries.

Dia mendakwa dia memulakan rawatan testosteron hanya sehari selepas dia menemui seorang doktor swasta mengenai keputusannya, sebelum dia bertekad membuang payudaranya tiga bulan kemudian.

Namun selepas bertahun-tahun menjalani pelbagai pembedahan, Debbie 'tersedar' apabila dia terbangun dari tidur selepas menjalani pembedahan terakhir untuk menukarkan kembali jantinanya.

Debbie menghabiskan masanya bertahun-tahun menghadiri kaunseling, di mana dia menyedari bahawa dia menderita gangguan tekanan post traumatik yang kompleks, yang berpunca akibat penderaan secara seksual selama bertahun-tahun.

Ketika remaja, Debbie mula membenci tubuhnya setelah dia sering dijadikan mangsa oleh ayahnya.

Debbie berkata dia berasa seperti seorang wanita yang terperangkap dalam 'badan separa lelaki', dan sedang menunggu melakukan pembedahan untuk membetulkan semula jantinanya.

"Mengimbas kembali, saya menyedari bahawa itu hanya satu perasaan bahawa jika saya tidak mempunyai vagina, saya tidak diperkosa.

"Tetapi saya bukan lelaki, saya hampir-hampir seorang lelaki. Saya merasa benar-benar cacat. Saya benar-benar terlepas untuk menjadi seorang wanita ... Saya berharap saya boleh bangun sebagai Debbie ," katanya. -  Metro.co.uk

jantina, lelaki, wanita

Artikel Lain