suria

Polis sahkan Usman Khan sebagai suspek serangan di London Bridge

Polis mengenalpasti suspek yang terlibat dalam insiden serangan di London Bridge sebagai Usman Khan. Foto: PA/Dailystar

POLIS mengesahkan dalang di sebalik serangan tikaman di London Bridge pada Jumaat, sebagai Usman Khan, demikian menurut kenyataan terbaharu oleh pihak polis.

Lelaki berusia 28 tahun itu pernah disabitkan kesalahan pada tahun 2012 untuk kesalahan berkaitan keganasan, namun dibebaskan dari penjara pada Disember tahun lalu.

Dia dipenjara selama lapan tahun kerana merancang untuk meletupkan Bursa Saham London dan membina kem latihan pengganas Islam.

Penolong Pesuruhjaya Neil Basu berkata Usman Khan pernah tinggal di kawasan Staffordshire dan pegawai sedang melakukan penyiasatan.

Beliau menambah polis "tidak aktif mencari orang lain" atas serangan itu.

Dalam serangan yang berlaku pada Jumaat itu, tiga maut termasuk suspek dan beberapa orang awam lain dilaporkan cedera akibat ditikam di London Bridge.

Insiden dipercayai tercetus akibat satu pergaduhan.

Suspek ditembak mati polis yang ke lokasi kejadian. - Dailystar

London Bridge, suspek, Usman Khan, tikaman

Artikel Lain