suria

Tak boleh makan, bercakap selama dua bulan gara-gara dihempap timbunan cerobong

Kemalangan tersebut menyebabkan Erin mengalami kecederaan teruk pada bahagian leher, dan terpaksa melalui pembedahan selama sembilan jam untuk memasukkan batang rod bagi menstabilkan saraf tunjangnya. Foto: MDWFeatures/Erin Fields

SEORANG wanita tidak boleh makan dan bercakap selama dua bulan selepas ditimpa runtuhan cerobong di rumah abangnya.

Ketika kejadian, Erin Field, 24, sedang berehat di buaian gantung (hammock) ketika melawat abangnya, apabila cerobong berkenaan tiba-tiba runtuh.

Wanita tersebut mengalami kecederaan teruk pada bahagian leher, dan terpaksa melalui pembedahan selama sembilan jam untuk memasukkan batang rod bagi menstabilkan saraf tunjangnya.

Kemalangan tersebut juga merosakkan arteri yang membekalkan darah ke kepalanya.

Erin, dari Boston, Massachusetts, terlantar selama sebulan di unit rawatan intensif (ICU) dan bergantung kepada alat ventilator.

Dia juga tidak dapat bercakap kerana menjalani prosedur trakeotomi, malah terpaksa makan menerusi tiub lantaran tidak boleh memakan atau minum sendiri.

Kini sejak kejadian mengerikan yang berlaku pada 2017 itu, Erin semakin pulih dan kekal positif, malah berkongsi pengalamannya di Instagram dalam usaha untuk memberi inspirasi kepada orang lain. - Metro.co.uk

cerobong, ICU, makan, bercakap, dihempap

Artikel Lain