SEORANG lelaki sanggup menjadikan seorang bayi perempuan yang menghidap sindrom down sebagai anak angkatnya selepas disisihkan ibu kandung sendiri. Luca Trapanese dari Naples di Itali mengambil Alba sebagai anak angkat selepas dibuang ibu kandungnya 13 hari selepas dilahirkan kerana keadaannya itu. Selepas ditinggalkan ibunya, Alba turut ditolak lebih 12 keluarga lain. Sebaik sahaja Luka bertemu dengan Alba, dia bagaikan sudah mengetahui itulah anak perempuannya. Pada Julai 2017, dia diberi hak penjagaan terhadap Alba dan kehidupan kanak-kanak istimewa itu kini berubah. Alba dijaga Luca ketika dia berusia 13 hari. "Sejak saya berusia 14 tahun saya sering melakukan kerja sukarelawan membantu orang kelainan upaya, jadi saya ada pengalaman dengan perkara ini. "Bila saya pertama kali mendukungnya, saya amat gembira. Saya rasakan dialah anak perempuan saya. "Ia adalah kali pertama saya memegang bayi. Sebelum ini saya sentiasa takut. Tetapi dengan Alba saya tahu saya sudah bersedia menjadi bapa," katanya. Luca kini berkongsi kisah membesarkan Alba di Instagram dan tindakan itu mendapat pujian ramai lebih 130,000 pengikutnya di media sosial itu. - Mirror.co.uk